Diharapkan dengan video ini dapat membantu anda semua.
Video Elemen Multimedia
Setelah memahami 5 elemen dalam multimedia di sepanjang entri-entri di blog ini. Anda juga boleh melihat hasil video yang telah dibuat yang mengandungi ke lima-lima elemen yang terdapat dalam multimedia.
Diharapkan dengan video ini dapat membantu anda semua.
Diharapkan dengan video ini dapat membantu anda semua.
Interaktiviti dalam Multimedia
Kebolehan pengguna untuk berinteraksi dengan program atau perisian multimedia merupakan kunci kebolehan atau kecanggihan sebuah sisitem multimedia. Video atau filem merupakan contoh media yang mempunyai gabungan pelbagai elemen seperti grafik audio dan animasi. Tetapi kedua-duanya dipersembahkan secara linear. Pengguna atau penonton juga adalah pasif iaitu tidak mempunya sebarang kawalan terhadap media tersebut.
Walaupun mungkin pengguna mempunyai alat kawalan jauh namun mereka tidak mampu untuk mengawal isi kandungan dan bagaimana ianya dipersembahkan. Multimedia sebaliknya membenarkan pengguna untuk menjadi lebih aktif dengan menyediakan kemudahan interaktiviti. Pengguna beruapaya mengawal apa isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana ia dipersembahkan. Interaktiviti juga membenarkan seseorang pengguna meneroka sesuatu maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan yang tersendiri. Pengguna boleh mencapai sebarang topik atau meninggalkan bahagian-bahagian yang tidak begitu menarik atau diperlukan oleh mereka. Borsook dan Wheat (1992) menyatakan bahawa interaktiviti merangkumi :
ü Kecepatan respon atau tindakbalas terhadap aktiviti pengguna
ü Masukan maklumat yang tidak mengikut turutan di mana maklumat dimasukkan mengikut kesesuaian dan kehendak semasa
ü Kebolehsuaian antara manusia dengan sistem
ü Maklum balas serta merta
ü Pilihan untuk memberi alasan
ü Komunikasi dua hala antara komputer dengan manusia
HIPERMEDIA DAN HIPERTEKS
Ciri kedua sewajarnya dimiliki oleh sesebuah sistem multimedia yang berkualiti ialah ianya perlulah interaktif serta menyediakan suatu sistem capaian informasi yang mampu dicapai secara tidak linear. Cirri ini juga sering dikenali sebagai sistem hypermedia yang mana ianya menghubungkan pelbagai media dalam suatu sistem penyaluran maklumat yang lebih berkesan.
Hipermedia
Hypermedia mewakili kemampuan sesebuah aplikasi di dalam membenarkan pengguna mencapai sesuatu maklumat tanpa perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan seperti lembaran buku. Hypermedia sebaliknya membolehkan seseorang pengguna mencapai maklumat mengikut minat, keupayaan ataupun kehendak hati mereka sendiri. Kebolehan hypermedia ini menggalakkan seseorang pengguna untuk terus mendalami isi kandungan seberapa lama atau kerap yang mereka perlukan tanpa terimat dengan sistem pencarian maklumat yang tradisi. Contoh terbaik penggunaan hypermedia ini adalah melalui halaman internet atau halaman web. Setiap mukasurat mempunyai pelbagai laluan pencapaian, pautan atau link yang membawa seseorang pengguna kemana-mana jua yang mereka ingini mengikut kehendak hati dan keperluan yang tersendiri. Hypermedia juga membolehkan seseorang meneroka atau mendapat maklumat mengikut kehendak dan citarasa mereka sendiri.
Hiperteks
Satu lagi istilah yang sering wujud semasa membincangkan mengenai multimedia dan hypermedia adalah hiperteks. Hiperteks mewakili suatu capaian terhadap sesuatu maklumat melalui teks sebagai laluan penerokaan. Hiperteks juga mewakili suatu bentuk penulisan yang tidak berjujukan atau linear. Ia lebih kepada suatu koleksi segmen-segmen teks yang bukannya frasa-frasa yang berturutan sesame sendiri. Segmen-segmen teks ini dihubungkan bersama oleh laluan capaian atau penerokaan yang sering dikenali sebagai link. Seseorang pengguna boleh membaca teks yang disediakan dan teks yang sama juga boleh membawa pengguna ke halaman-halaman lain yang mengandungi maklumat yang berkaitan. Di sini, pengguna yang akan menentukan haluan pembacaan atau pemperolehan maklumat mereka dan bukannya penulis. Konsep hiperteks ini paling banyak ditemui di halaman-halaman web. Ianya sering diwakili oleh teks yang bewarna biru serta digariskan seperti ini hiperteks.
ANIMASI
Animasi

Wayang kulit merupakan salah satu bentuk animasi tertua di dunia. Bahkan ketika teknologi elektronik dan komputer belum diketemukan, pertunjukan wayang kulit telah memenuhi semua elemen animasi seperti layar, gambar bergerak, dialog dan ilustrasi musik.
Animasi di Malaysia :
Rancangan TV 2D :
- Usop Sontorian
- Anak-anak Sidek
- Kampung Boy
- Keluang Man
- Bola Kampung
- Mat Gelap
- Din Teksi
Rancangan TV 3D :
- Kacang
- Upin & Ipin
- BoBoiBoy
- Supertots
- Pada Zaman Dahulu
Filem 2D :
- Sang Kancil
- Silat Lagenda
- Putih
- Budak Lapok
Filem 3D :
- Geng: The Adventure Begins
- SeeFood
- Laksamana Upin & Ipin
Agensi Multimedia di Malaysia
- Multimedia Development Corporation (MDeC)
- Malaysia Animation Creative Content Center (MAC3)
Animasi Atau lebih akrab disebut dengan film animasi, adalah filem yang merupakan hasil dari pengolahan gambar tangan sehingga menjadi gambar yang bergerak. Pada awal penemuannya, film animasi dibuat dari berlembar-lembar kertas gambar yang kemudian di-"putar" sehingga muncul efek gambar bergerak. Dengan bantuan komputer dan grafika komputer, pembuatan film animasi menjadi sangat mudah dan cepat. Bahkan akhir-akhir ini lebih banyak film animasi 3 dimensi daripada film animasi 2 dimensi.
Animasi di Malaysia :
Rancangan TV 2D :
- Usop Sontorian
- Anak-anak Sidek
- Kampung Boy
- Keluang Man
- Bola Kampung
- Mat Gelap
- Din Teksi
Rancangan TV 3D :
- Kacang
- Upin & Ipin
- BoBoiBoy
- Supertots
- Pada Zaman Dahulu
Filem 2D :
- Sang Kancil
- Silat Lagenda
- Putih
- Budak Lapok
Filem 3D :
- Geng: The Adventure Begins
- SeeFood
- Laksamana Upin & Ipin
Agensi Multimedia di Malaysia
- Multimedia Development Corporation (MDeC)
- Malaysia Animation Creative Content Center (MAC3)
TEKS
TEKS

Merupakan elemen asas bagi menyampaikan maklumat. Memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan. Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian maklumat. Kebanyakan sistem multimedia menggunakan teks kerana ianya merupakan cara efektif untuk komunikasi, cara yang mudah untuk menyediakan arahan kepada pengguna, dapat menyampaikan maklumat dalam pelbagai bidang dan merupakan medium penghantaraan maklumat.
Teks terdiri daripada empat iaitu teks bercetak, teks yang diimbas, teks elektronik dan hiperteks. Dalam aplikasi multimedia, teks akan menjelaskan maklumat yang diperlukan. Kewujudan teks akan diperjelaskan lagi dengan penggunaan elemen multimedia yang lain dan ianya adalah elemen yang cukup penting. Teks boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk untuk menarik minat pengguna seperti grafik, animasi, tajuk dan sebagainya. Persembahan teks kepada pengguna adalah bergantung kepada tujuan dan bilangan pengguna.
CONTOH TULISAN TEMPUS SANS ITC
CONTOH TULISAN ALGERIAN
CONTOH TULISAN BERLIN SAN FB
CONTOH TULISAN LUCIDACALLIGRAPHY
CONTOH TULISAN BLACKADDER ITC
VIDEO
VIDEO
Video adalah elemen yang terdapat dalam multimedia. Yang mana ia memudahakan kita untuk memamahi sesuatu mesej yang hendak disampaikan. Video juga dapat membantu menarik perhatian pengguna. Video juga merupakan teknologi memproses isyarat elektronik bagi menghasilkan gambar bergerak. Aplikasi umum bagi video ialah televisyen.
Terdapat dua jenis video iaitu video analog dan digital. Video Analog merupakan video yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem dan lain-lain. Ia juga dibentuk dari deretan signalk elektrik yang dirakam oleh kamera dan disalurkan kepeda gelombang udara. Signal bingkai atau frame video analog diwakili oleh signal elektrik yang tidak menentu. Ia juga dikenali sebagai Gelombang analog. Gelombang Analog ini mempunyai ciri video yang asas antaranya brightness dan cantrast, colour sertasynchronization. Terdapat kelemahan antaranya kecairan warna, gambar kurang jelas dan kurang berkualiti.
Bagi Video Digital pula, adalah isyarat video analog yang telah didigitkan dalam format numerik. Proses untuk menukar video analog kepada digital perlulah menggunakan Analog to Digital Converter (ADC) manakala Digital to Analog Converter (DAC) digunakan untuk menukar video digital kepada analog.
Terdapat tiga komponen utama dalam video digital iaitu:
- Frame Rate - menunjukkan tentang kelancaran perjalanan sesuatu video dalam satu masa.
- Saiz Imej - Juga dikenali sebagai resolusi ruang. Saiz video digital yang dipaparkan adalah 1/4 daripada skrin komputer.
- Kedalaman Warna - Kedalaman warna atau jumlah warna yang dipaparkan oleh skrin pada sesuatu masa akan menentukan kejelasan paparan video digital. Jika kedalaman warna yang kurang maka video yang terhasil akan terketar-ketar atau tersekat-sekat dan sebaliknya.
Jenis piawaian:
- NTSC - Digunakan di Jepun dan US
- PAL - Digunakan di Eropah, UK, Australia, Afrika Selatan dan Asia.
- SECAM - Digunakan di Perancis dan Rusia
Terdapat 5 piawaian pemadatan dan format video digital iaitu:
- MPEG (Motion picture Expert Group)
- IVI (Intel Video Interactive)
- Cinepak
- Apple's QuickTime
- AVI (Microsoft Video For Windows
Dengan adanya video maka kita tidak lagi sunyi dan bosan. Multimedia membantu kita dalam dunia hiburan. Secara jelas, kita dapat lihat penggunaan multimedia ini semakin popular dengan adanya cerita Upin dan Ipin. Ini ternyata bahawa teknologi mampu meningkatkan hasil kerja yang berkualiti.
AUDIO
AUDIO


Audio merupakan bunyi yang mampu menarik perhatian pengguna. Ia juga boleh mempengaruhi emosi, pemikiran dan tindakan seseorang. Audio mampu meningkatkan minat pengguna dan audio juga lebih memudahkan kita untuk mengingati sesuatu. Secara logiknya, semasa kita mendengar sesuatu muzik, muzik itu akan mempengaruhi emosi kita. Jika muzik itu tenang maka emosi kita juga tenang dan sayu. Perubahan ini diterima oleh gegendang telinga dan diterjemahkan dengan signal bunyi oleh otak kita. Gegendang telinga akan beruban mengikut kewujudan gelombang bunyi yang terhasil.
Amplitud mewakili kekuatan bunyi yang diterima dan diukur dalam unit decibels (db) manakala kadar perubahan tekanan udara dinamakan pitch. Bunyi atau audio disebarkan oleh gelombang molekul yang ada disekeliling kita dan getaran itu dikenali sebagai gelombang audio. Gelombang audio mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Ciri-ciri gelombang audio ialah:

Audio merupakan bunyi yang mampu menarik perhatian pengguna. Ia juga boleh mempengaruhi emosi, pemikiran dan tindakan seseorang. Audio mampu meningkatkan minat pengguna dan audio juga lebih memudahkan kita untuk mengingati sesuatu. Secara logiknya, semasa kita mendengar sesuatu muzik, muzik itu akan mempengaruhi emosi kita. Jika muzik itu tenang maka emosi kita juga tenang dan sayu. Perubahan ini diterima oleh gegendang telinga dan diterjemahkan dengan signal bunyi oleh otak kita. Gegendang telinga akan beruban mengikut kewujudan gelombang bunyi yang terhasil.
Amplitud mewakili kekuatan bunyi yang diterima dan diukur dalam unit decibels (db) manakala kadar perubahan tekanan udara dinamakan pitch. Bunyi atau audio disebarkan oleh gelombang molekul yang ada disekeliling kita dan getaran itu dikenali sebagai gelombang audio. Gelombang audio mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Ciri-ciri gelombang audio ialah:
- Kekerapan (Frekuensi) - Kualiti bunyi bergantung kepada frekuensi mengikut hertz(Hz).
- Amplitud - Iaitu berkaitan intensiti bunyi atau loudness iaitu kekuatan bunyi.
Audio mempunyai dua nombor saluran iaitu mono dan stereo. Mono merupakan bunyi kepada satu saluran sahaja manakala stereo mempunyai dua saluran. Bunyi yang dihasilkan melalui saluran mono agak kurang realistik, kurang kualiti dan kurang bunyi jika dibandingkan dengan stereo. Kerana stereo adalah bersaiz dua kali lebih daripada mono. Audio juga mempunyai cara pengiraan. Pengiraan saiz fail audio ini bergantung kepada kadar, masa, resolusi dan nombor saluran.
Terdapat 8 format fail audio tetapi disini ada 4. Antaranya ialah:
- AIFF dan AIF (Audio Interchange File Format)- Ia sering digunakan pada komputer Macintish, IBM dan yang serasi dengan IBM. Boleh menampung pelbagai jenis saiz sampel dan aras.
- MID,MIDI dan MFF (Musical Instrument Digital Interface) -Format yang diterimapakai oleh seluruh dunia yang bertujuan untuk menyimpan audio dari jenis MIDI.
- WAV (Wave)- Format yang paling meluas. mampu menyokong rakaman dengan saiz sampel setinggi 8 bit dan 6 bit samada mono atau stereo.
- MP3 (MPEG Level 3)- Format yang semakin popular terutamanya penyaluran muzik melalui internet
Audio banyak membantu kita dalam menenuhi kehendak dan kepuasan kita. Dengan adanya audio maka hidup kita tidak sunyi dan bosan. Teknologi banyak menyokong kepada perubahan keadaan pada zaman sekarang. Jadi, bunyi atau audio juga terlibat dalam kehidupan semasa kita pada hari ini.
GRAFIK
GRAFIK

Grafik merupakan elemen penting yang terdapat dalam multimedia. Grafik ialah maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, ukiran, gambar rajah, simbol dan lain-lain bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau idea. Grafik juga menrupakan persembahan visual dan ia membantu kita dalam menyampaikan sesuatu idea atau maklumat yang sukar untuk disampaikan melalui teks atau tulisan. Ia juga melibatkan lukisan yang abstrak dan boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tertentu dalam komputer untuk memudahkan kerja kita.

Grafik merupakan elemen penting yang terdapat dalam multimedia. Grafik ialah maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, ukiran, gambar rajah, simbol dan lain-lain bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau idea. Grafik juga menrupakan persembahan visual dan ia membantu kita dalam menyampaikan sesuatu idea atau maklumat yang sukar untuk disampaikan melalui teks atau tulisan. Ia juga melibatkan lukisan yang abstrak dan boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tertentu dalam komputer untuk memudahkan kerja kita.
Secara amnya, grafik terbahagi kepada dua iaitu:
- Imej bitmap
- Imej vektor
Imej bitmap adalah berkaitan dengan piksel yang mana imej bitmap terbentuk daripada kumpulan piksel yang terdapat dalam suatu imej dan piksel itu mempunyai bit-bit yang mewakili warna dan intensiti. Imej bitmap ini melibatkan saiz fail yang besar dan resolusi serta kedalaman memberi kesan kepada imej bitmap. Ia bergantung kepada resolusi. Jika resolusi imej tinggi maka ia akan menghasilkan imej yang tajam dan licin berbanding dengan resolusi yang rendah. Resolusi juga memberi kesan kepada saiz fail.
Antara perisian yang digunakan untuk imej bitmap ialah:
- Adobe Photoshop
- Corel Draw
- Corel Photo Paint
- Paintshop Pro
Format untuk imej bitmap ialah seperti:
- BMP- iaitu yang paling lama dan sesuai untuk menyimpangrafik dalam kualiti yang tinggi kerana format ini tidak memadatkan sesuatu imej. Format fail ini juga boleh diterima oleh mana-mana perisian.
- PICT- format ini biasanya digunakan pada komputer Apple Macintosh. Ia juga boleh digunakan untuk imej bitmap atau vektor.
- TIFF- Format ini biasanya digunakan oleh perisian pengimbas dan ia boleh dimampatkan.
- GIF- format ini meluas dan digunakan juga bagi www. Ia menggunakan 256 warna atau kurang dari itu. Imej dari format ini boleh digunakan untuk menghantar imej melalui talitan telefon.
- JPEG- Format ini paling sesuai untuk gambar foto tetapi kurang sesuai untuk huruf atau nombor dan juga lakaran.
Manakala imej vektor pula dikenali sebagai grafik berstruktur atau berorientasikan objek. Imej vektor merupakan asas pada lukisan atau objek seperti garis, bulatan, segi empat dan lain-lain. Grafik ini terbentuk melalui siri arahan yang mengarahkan bagaimana objek itu akan dilukis. Ia boleh diwakili melalui formula matematik kerana melibatkan geometri. grafik vektor tidak bergantung kepada resolusi dan juga tidak terdiri dari piksel. Grafik vektor juga melibatkan jalur, garisan dan "Anchor point" memrupakan titik perkaitan yang digunakan untuk menyambung garisan. Ia juga mempunyai garisan yang terbuka dan tertutup. Dalam grafik vektor, garis lengkung dan garis lurus pada setiap satu titik menunjukkan ia dikawal oleh kepanjangan pemegangnya dan sudut masing-masing. seperti gambar dibawah.
Antara perisian grafik vektor ialah:
- Macromedia Freehand
- Adobe illustrator
- Factal Design Expression
Format grafik vektor ialah:
- CDR- Format yang disediakan untuk perisian Coreldraw.
- CGM- Format yang paling meluas digunakan.
- DRW- Biasa digunakan oleh Microsoft Designer dan program yang menyokong perisian ini ialah Microsoft Word, Ami Pro dan lain-lain.
- DXF- Format untuk lukisan kejuruteraan dan senibina. Digunakan juga oleh program AutoCAD.
PERKEMBANGAN MULTIMEDIA
Aplikasi multimedia dalam
- Perniagaan : Pasar borong elektronik, dan Jualan hartanah.
- Pentadbiran : Sistem maklumat penggurusan multimedia.
- Hiburan : video-on-demand, filem karton, dan permainan.
- Pendidikan : e-pembelajaran, dan sekolah bestari
- Kenyataan maya : Latihan juru terbang, dan Kawalan jarak jauh.
Perkembangan semasa dan aliran masa depan multimedia: perluasan alat digital peribadi, komunikasi multimedia, perluasan media untuk sensori selain mata dan telinga, penggunaan utama Koridor Raya Multimedia, dan sebagainya.
Impak multimedia terhadap masyarakat dari segi:
- Ekonomi: k-ekonomi, maklumat sebagai modal, pemusnahan kreatif
- Pendidikan: e-pembelajaran, pembelajaran sepanjang hayat
- Politik: pendemokrasian maklumat
- Sosio-budaya: media dan cara berkomunikasi, masyarakat berpengetahuan, jarak digital.
Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Pendidikan
Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbentukan computer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai.

Kewujudan teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas. Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam berbentukan computer, penggunaan computer adalah menumpu kepada cara dan strategik persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan dengan menggunakan media-media yang lebih menarik.
Oleh itu jelas perkembangan dalam teknologi multimedia yang tidak dapat disangkalkan lagi kepentingannya. Teknologi ini semakin popular dan digunakan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali dari merasai bahang dari teknologi tersebut dan ianya semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendiddik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut. ini bagi memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin tidal lagi relevan dengan keperluan masyarakat semasa.
MULTIMEDIA
Multi bermaksud banyak atau beberapa.

Multimedia merupakan kesepaduan di antara pelbagai media seperti teks, grafik, imej, animasi, video, interaksi dan audio dalam satu persekitaran digital, disamping mempunyai keupayaan interaktiviti bagi membolehkan pengguna mencapai maklumat keperluannya tanpa mengikut urutan.
Medium/media adalah bahan perantaraan bagi penghantaran sesuatu benda; satu cara komunikasi massa seperti akhbar, majalah, dan tv. Cara penyebaran dan persembahan maklumat: animasi, teks, grafik, audio, dan video.

Kepentingan: maklumat dalam pelbagai media dapat diperolehi, proses, simpan, dan sebar dalam sistem yang mempunyai kebolehan interaktif. Menambah penggunaan pelbagai sensori manusia dan menjadi antara muka manusia mesin lebih tabii dan mesra. Impaknya dapat dilihat menerusi penggunaan elemen-elemen tersebut dalam merealisasikan sesuatu penerbitan multimedia seperti dalam satu taklimat atau penyampaian sesuatu bahan dan maklumat yang berpaksikan komputer. Keupayaan multimedia telah dapat ditingkatkan dengan unsur-unsur berteknologi tinggi serta system komunikasi yang canggih.
Salam Pembuka Bicara
Assalamualaikum wbt.
Terima kasih dan jazakumullahukhairan atas kesudian anda berkunjung ke blog kami yang tidak seberapa ini. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi sedikit pengetahuan yang berguna kepada anda semua mengenai 5 elemen dalam multimedia.
Untuk pengetahuan anda semua kewujudan blog ini adalah bertujuan untuk memberikan seberapa banyak maklumat dan pengetahuan mengenai 5 elemen dalam multimedia.
Blog ini ditubuhkan atas tugasan yang telah di berikan oleh Pensyarah Kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 iaitu Dr. Che Soh Bin Said.
Ahli kumpulan kami terdiri daripada :
BIL.
|
NAMA
|
NO. MATRIK
|
1.
|
MOHD SYAMIN ISMAIL BIN MOHD SABARI
|
D20101038695
|
2.
|
JULAIHA BINTI MOHAMAD
|
D20101038723
|
3.
|
NOR FADZIELA BINTI YUSOF
|
D20101038727
|
4.
|
NORIZZATUL ASYIKIN BT RAZALI
|
D20101038597
|
5.
|
RAJA NOOR FATIHAH BT RAJA ZAINAL
|
D20101038605
|
6.
|
MOHD ASYRAF BIN MUHAMMAD HELMI
|
D20101038654
|
Oleh itu, kami berharap agar blog ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua... ^^,
Subscribe to:
Posts (Atom)