Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbentukan computer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai.

Kewujudan teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas. Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam berbentukan computer, penggunaan computer adalah menumpu kepada cara dan strategik persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan dengan menggunakan media-media yang lebih menarik.
Oleh itu jelas perkembangan dalam teknologi multimedia yang tidak dapat disangkalkan lagi kepentingannya. Teknologi ini semakin popular dan digunakan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali dari merasai bahang dari teknologi tersebut dan ianya semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendiddik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut. ini bagi memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin tidal lagi relevan dengan keperluan masyarakat semasa.
No comments:
Post a Comment