HIPERMEDIA DAN HIPERTEKS


Ciri kedua sewajarnya dimiliki oleh sesebuah sistem multimedia yang berkualiti ialah ianya perlulah interaktif serta menyediakan suatu sistem capaian informasi yang mampu dicapai secara tidak linear. Cirri ini juga sering dikenali sebagai sistem hypermedia yang mana ianya menghubungkan pelbagai media dalam suatu sistem penyaluran maklumat yang lebih berkesan.

Hipermedia


     Hypermedia mewakili kemampuan sesebuah aplikasi di dalam membenarkan pengguna mencapai sesuatu maklumat tanpa perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan seperti lembaran buku. Hypermedia sebaliknya membolehkan seseorang pengguna mencapai maklumat mengikut minat, keupayaan ataupun kehendak hati mereka sendiri. Kebolehan hypermedia ini menggalakkan seseorang pengguna untuk terus mendalami isi kandungan seberapa lama atau kerap yang mereka perlukan tanpa terimat dengan sistem pencarian maklumat yang tradisi. Contoh terbaik penggunaan hypermedia ini adalah melalui halaman internet atau halaman web. Setiap mukasurat mempunyai pelbagai laluan pencapaian, pautan atau link yang membawa seseorang pengguna kemana-mana jua yang mereka ingini mengikut kehendak hati dan keperluan yang tersendiri. Hypermedia juga membolehkan seseorang meneroka atau mendapat maklumat mengikut kehendak dan citarasa mereka sendiri.

Hiperteks 


     Satu lagi istilah yang sering wujud semasa membincangkan mengenai multimedia dan hypermedia adalah hiperteks. Hiperteks mewakili suatu capaian terhadap sesuatu maklumat melalui teks sebagai laluan penerokaan. Hiperteks juga mewakili suatu bentuk penulisan yang tidak berjujukan atau linear. Ia lebih kepada suatu koleksi segmen-segmen teks yang bukannya frasa-frasa yang berturutan sesame sendiri. Segmen-segmen teks ini dihubungkan bersama oleh laluan capaian atau penerokaan yang sering dikenali sebagai link. Seseorang pengguna boleh membaca teks yang disediakan dan teks yang sama juga boleh membawa pengguna ke halaman-halaman lain yang mengandungi maklumat yang berkaitan. Di sini, pengguna yang akan menentukan haluan pembacaan atau pemperolehan maklumat mereka dan bukannya penulis. Konsep hiperteks ini paling banyak ditemui di halaman-halaman web. Ianya sering diwakili oleh teks yang bewarna biru serta digariskan seperti ini hiperteks.

No comments:

Post a Comment